Rakyat Terengganu perlu menjadi pengundi yang bijak bersandarkan fakta.

Itu antara intipati dan amanat ringkas oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Terengganu di sini pagi tadi.

Beliau yang tiba di Terengganu kira-kira jam 9.30 pagi tadi disambut oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, semua calon PRU14 Barisan Nasional, serta lebih 2,000 penyokong di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud.

Selepas berucap ringkas di pekarangan lapangan terbang, beliau mengadakan perjumpaan tertutup dengan kesemua calon BN Terengganu di Bilik Kenyir sebelum bergegas ke pekarangan UTC Terengganu.

Dalam ucapannya pada majlis tersebut, beliau mengingatkan agar pengundi di Terengganu bijak menunaikan tanggungjawab mereka kali ini agar peristiwa kejatuhan BN pada 1999 tidak berulang.

"Orang Terengganu kena ingat, Terengganu pernah berada dalam kegelapan selama lima tahun dan kita perlu menilai daripada segi fakta.

"UTC, ECRL dan lain-lain adalah untuk memberi manfaat kepada rakyat Terengganu dan seluruh penduduk di Pantai Timur!" katanya.

Beliau kemudiannya ke Hulu Terengganu dan dijangka akan menghadiri beberapa lagi majlis bersama barisan pemimpin negeri Terengganu serta penduduk di daerah Hulu Terengganu.

Perdana Menteri dijadual berlepas pulang pada petang ini